TVET-AI mula dilaksana di lima sekolah berasrama penuh tahun ini

LocalTechnology
18 May 2026 • 6:43 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

TVET-AI mula dilaksana di lima sekolah berasrama penuh tahun ini

PUTRAJAYA, 18 MEI: Kementerian Pendidikan (KPM) hari ini memeterai kerjasama strategik menerusi Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Universiti Multimedia dan Huawei Technologies (Malaysia) Sdn Bhd (Huawei Malaysia).

KPM dalam kenyataan memaklumkan MoU bertujuan memperkukuh Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dalam bidang kecerdasan buatan (AI) di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) itu mula dilaksanakan tahun ini melibatkan lima SBP terpilih sebelum diperluas ke sekolah lain pada masa hadapan.

Lima SBP berkenaan ialah Sekolah Menengah (SM) Sains Banting, Selangor; ⁠SM Sains Setiu, Terenggan; ⁠SM Sains Alor Gajah, Melaka; ⁠SM Sains Kuching, Sarawak; dan ⁠SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin, Pulau Pinang.

Menurut kenyataan itu, kerjasama strategik berkenaan mencerminkan komitmen berterusan KPM dalam memastikan agenda reformasi pendidikan yang memacu kecemerlangan akademik dengan kemahiran teknikal masa hadapan menerusi integrasi AI.

"Langkah strategik ini memberikan nilai tambah signifikan kepada usaha kementerian untuk meningkatkan kebolehpasaran murid melalui penyediaan sijil profesional Huawei Certified ICT Associate-Artificial Intelligence (HCIA-AI) yang diiktiraf pada peringkat antarabangsa," menurut kenyataan itu.

KPM memaklumkan pelaksanaan program TVET-AI itu juga selari dengan agenda Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) serta Rancangan Pendidikan Malaysia 2026-2035 yang memberikan tumpuan kepada pembangunan bakat masa hadapan, pengukuhan ekosistem pendidikan TVET dan kerjasama strategik antara industri dengan akademia.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved