TVET, AI perlu seiring lahir graduan berdaya saing

LocalTechnology
29 Jul 2026 • 9:00 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

TVET, AI perlu seiring lahir graduan berdaya saing

KUALA LUMPUR, 29 JULAI: Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) perlu seiring perkembangan kecerdasan buatan (AI) bagi melahirkan graduan berdaya saing dan memenuhi keperluan industri.

Ketua pegawai eksekutif Badan Penyelarasan TVET Kerajaan-Industri berkata kerjasama erat antara institusi pendidikan dan pihak industri penting dalam membentuk kurikulum selari keperluan semasa pasaran kerja.

Image from: TVET, AI perlu seiring lahir graduan berdaya saing
Ketua Pegawai Eksekutif Badan Penyelarasan TVET Kerajaan-Industri Ts Br Jamil Bakri memberi penerangan dalam forum Persidangan Kawal Selia Antarabangsa 2026 di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur pada 22 Julai 2026. Foto HARUN TAJUDIN / MEDIA SELANGOR

Menurut Ts Br Jamil Bakri, graduan juga perlu memiliki kemahiran teknikal serta kemahiran insaniah seperti komunikasi, pemikiran kritis dan penyelesaian masalah bagi meningkatkan kebolehpasaran mereka.

"Institusi pendidikan dan industri perlu memperkukuh kerjasama dalam membangunkan kurikulum yang relevan, sekali gus memastikan graduan dilengkapi kemahiran yang benar-benar diperlukan majikan.

"Pada masa sama, teknologi dan AI perlu dimanfaatkan bagi meningkatkan produktiviti sekali gus memberi impak positif kepada pertumbuhan ekonomi negara," katanya dalam forum Persidangan Kawal Selia Antarabangsa 2026 di Hotel Shangri-La, di sini, pada 23 Julai.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif NeX Academy Khim Tan berkata masih terdapat graduan bekerja di luar bidang pengajian masing-masing meskipun kadar pengangguran negara sekitar tiga peratus.

Image from: TVET, AI perlu seiring lahir graduan berdaya saing
Ketua Pegawai Eksekutif NeX Academy Khim Tan memberi penerangan dalam forum Persidangan Kawal Selia Antarabangsa 2026 di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur pada 22 Julai 2026. Foto HARUN TAJUDIN / MEDIA SELANGOR

Jelasnya, situasi itu menunjukkan graduan perlu terus meningkatkan kemahiran khususnya dalam bidang AI dan teknologi digital bagi memastikan mereka kekal relevan serta mampu memenuhi keperluan industri yang sentiasa berubah.

"Kita menggalakkan graduan berani meneroka pelbagai kursus atau latihan AI dan teknologi yang ditawarkan di pasaran bagi meningkatkan kemahiran sekali gus menambah nilai kepada diri mereka

“Graduan perlu memiliki sifat ingin tahu yang tinggi serta keyakinan untuk mempelajari perkara baharu bagi menyesuaikan diri dengan perubahan landskap pekerjaan pada masa hadapan.

"Dalam masa sama, syarikat juga perlu lebih kreatif mewujudkan peluang pekerjaan yang menggabungkan keupayaan manusia dengan AI, bukannya melihat teknologi itu sebagai pengganti sepenuhnya," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved