TVET bukan lagi pilihan kedua! Negeri Sembilan cari bakat hingga ke pelosok kampung

LocalPolitics
30 Jul 2026 • 10:12 AM MYT
MYBERITA
MYBERITA

Segalanya yang terkini, terbaik dan tepat untuk anda semua

TVET bukan lagi pilihan kedua! Negeri Sembilan cari bakat hingga ke pelosok kampung

SEREMBAN – Timbalan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Majlis TVET Negara (MTVET), YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menegaskan persepsi bahawa Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sebagai pilihan kedua perlu diubah kerana bidang itu kini menjadi antara laluan utama melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi mengikut keperluan industri.

Menurut beliau, pendekatan TVET kini tidak lagi berasaskan kapasiti institusi semata-mata, sebaliknya memberi tumpuan kepada program berimpak tinggi yang selari dengan permintaan industri sejak hari pertama pengajian.

Beliau berkata, usaha memperluaskan akses TVET perlu diperkasakan hingga ke kawasan Felda, desa dan kampung bagi memastikan bakat anak muda luar bandar tidak tercicir daripada arus pendidikan tinggi.

“Pendidikan tinggi dan TVET mesti dibawa lebih dekat kepada rakyat luar bandar. Kita perlu mencari bakat hingga ke pelosok kampung kerana ramai anak muda mempunyai potensi besar untuk dibangunkan,” katanya.

MARA terus komited memperluaskan peluang pendidikan kepada masyarakat luar bandar melalui pengukuhan institusi di bawah seliaannya, termasuk Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Jempol yang sedang dipersiapkan bagi memperluaskan akses pendidikan berasaskan kemahiran.

Dalam masa sama, GiatMARA Negeri Sembilan turut memperkukuh ekosistem TVET negeri dengan menawarkan latihan yang lebih selari dengan keperluan industri semasa.

Beliau berkata, kedudukan strategik Negeri Sembilan yang berhampiran Kuala Lumpur dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), selain memiliki infrastruktur yang lengkap, memberi kelebihan untuk menarik pelaburan serta membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada graduan TVET.

“Belajar di sini, bekerja di sini, bina kerjaya dan besarkan keluarga di negeri sendiri. Itulah hala tuju yang kita mahu supaya anak muda tidak perlu berhijrah jauh untuk mendapatkan peluang pekerjaan berkualiti,” katanya.

Bagi memperkukuh agenda pendidikan negeri, sebanyak RM16.38 juta disalurkan menerusi Yayasan Negeri Sembilan bagi menyokong pembangunan pendidikan dan TVET.

Sebagai Pengerusi Majlis TVET Negara (MTVET), Ahmad Zahid turut menegaskan komitmen kerajaan untuk terus memperkasa transformasi TVET sebagai pemacu utama pembangunan modal insan dan tenaga kerja berkemahiran tinggi negara.

Beliau berkata, jika gelombang biru masih meneraju, agenda memperluaskan akses TVET akan ditingkatkan bagi melahirkan lebih ramai tenaga mahir tempatan, sekali gus memperkukuh daya saing ekonomi Negeri Sembilan dan negara.

The post TVET bukan lagi pilihan kedua! Negeri Sembilan cari bakat hingga ke pelosok kampung appeared first on MYBERITA.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved