TVET laluan utama pendidikan negara

LocalPolitics
25 Sep 2024 • 4:29 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Mardinah Jikur

SANDAKAN: Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bukan lagi pilihan kedua tetapi menjadi laluan utama pendidikan tinggi negara.

Pengarah Bahagian Kurikulum Jabatan Pendidikan Politeknik Dan Kolej Komuniti Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia, Dr Zamzam Mohd Walid berkata, ini dibuktikan melalui kesungguhan pihak kerajaan untuk merealisasi agenda TVET nasional setanding dengan negara maju lain seperti Jerman, Australia, Jepun, Korea, China dan Singapura.

Jelasnya, atas komitmen tersebut, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim juga melancarkan Dasar TVET Negara pada 8 Jun lepas, dengan menetapkan lima teras utama.

Dasar TVET Negara yang digubal oleh Majlis TVET Negara (MTVET), yang menaungi 12 kementerian dan agensi dengan 1,345 institusi di bawahnya, menawarkan pelbagai program TVET, termasuk politeknik dan kolej komuniti.

SPONSORED CONTENT Sinyi Group Founder, Chou Chun-Chi, Wins 2024 Asia Pacific Enterprise Award and Expands Sustainable Tourism Ventures in Sabah, Malaysia Kota Kinabalu: The 2024 Asia Pacific Enterprise Awards, hosted by Enterprise Asia, aims to recognize the most outstanding business leaders and organizations in the Asia-Pacific region. Read more Selari dengan hasrat kerajaan untuk memperkasakan TVET, Kementerian Pendidikan Tinggi yang diterajui oleh Menterinya, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir turut meletakkan 20 Landasan Hala Tuju 2024.

Beliau berkata, salah satu daripada landasan tersebut, Pengukuhan dan Pemerkasaan TVET dan Work-Based Learning (WBL) iaitu Landasan Ke-13 secara khusus menetapkan peranan TVET.

“Justeru itu, bagi memastikan segala inisiatif menyokong landasan tersebut, Jabatan merancang Hala Tuju Transformasi Politeknik 2023-2035 dan Pemerkasaan Kolej Komuniti 2024-2035.

“Antara Agenda Pembaharuan Kritikal dirangka adalah Penubuhan Politeknik APEX; Perluasan Akses; Pengukuhan Sinergi Poli-Industri; Pemerkasaan Program Sepanjang Hayat PSH; dan Pembangunan POLYCC-digital. Jabatan juga membina jaringan kukuh bersama-sama lima institusi MTUN iaitu UniMAP, UTeM, UTHM, UMPSA dan UniKL dalam merealisasi dan menjayakan agenda TVET Kementerian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap menyempurnakan Konvokesyen Ke-11 Politeknik Sandakan Sabah (PSS) di Dewan Kompleks Sukan Sandakan, baru-baru ini.

Hadir sama, Pengarah PSS Mohd Sani Said, Timbalan Pengarah Akademik PSS, Irwandih Mat Jaili, dan Ketua Jabatan Sokongan Akademik PSS Mohd Saiful Fadli Maidin.

Pada majlis itu, seramai 248 graduan daripada Jabatan Agroteknologi dan Bio-Industri iaitu 186 graduan Diploma Agroteknologi dan 62 graduan Diploma Akuakultur sesi II 2022/2023 dan sesi I 2023/2024 menerima diploma masing-masing.

Diploma Anumerta turut disampaikan kepada pelajar Diploma Agroteknologi, Allahyarhamah Siti Amira Saleh dari Kampung Pasir Putih, Tawau yang meninggal dunia pada 17 Julai lepas. Diploma itu diterima ahli keluarganya.

Dua graduan Sesi I dan Sesi II menerima Anugerah Pengarah masing-masing Mohd Ismail Salleh dari Papar, dan Mohammad Syafizan Amdan dari Bukit Garam, Kinabatangan.

Zamzam juga menyampaikan dua Anugerah Projek Terbaik sesi I dan II kepada enam graduan terbabit dan penyelia mereka yang juga pensyarah PSS.

Dalam pada itu, Zamzam berkata, POLYCC dengan konsep TVET untuk akan terus direncana secara radikal dan kolektif dalam ekosistem TVET Malaysia.

Dengan kekuatan 36 politeknik dan 106 kolej komuniti, tenaga kerja hampir 15,000 orang dan pelajar terdafat kira-kira 100,000 orang.

Semua program pengajian yang ditawarkan mendapat akreditasi dan pengiktirafan dari badan profesional seperti Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) dan beberapa agensi pengiktirafan lain.

“Politeknik juga menjadi institusi pertama diberi kelulusan menggunakan logo International Engineering Alliance (IEA) - Sydney Accord dan Dublin Accord oleh Lembaga Jurutera Malaysia bagi sijil kejuruteraan baru-baru ini.

“Kejayaan pengakreditasian ini membuktikan lulusan Politeknik Sandakan Sabah diiktiraf oleh pihak kerajaan,” katanya.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, usaha membentuk kemenjadian graduan POLYCC merupakan cerminan iltizam dan kesungguhan pelajar.

“Begitu juga komitmen dan dedikasi tenaga pengajar yang tidak pernah mengenal putus asa.”

Hasilnya terbukti dengan statistik menunjukkan kadar kebolehpasaran graduan politeknik dan kolej komuniti 2023 mencatat sejarah apabila mencapai kebolehpasaran tertinggi iaitu melebihi 97 peratus.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.