TVET semakin diminati, lebih ramai lepasan sekolah pilih politeknik

22 Jun 2026 • 4:12 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

TVET semakin diminati, lebih ramai lepasan sekolah pilih politeknik

ARAU, 22 JUN: Minat lepasan sekolah terhadap Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) terus menunjukkan peningkatan apabila semakin ramai daripada mereka kini dilihat memilih institusi politeknik sebagai laluan melanjutkan pengajian.

Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) Datuk Dr Aminuddin Hassim berkata perkembangan itu menunjukkan perubahan persepsi masyarakat yang semakin yakin terhadap pendekatan pembelajaran berasaskan industri dan latihan amali yang ditawarkan politeknik.

“Kali ini ramai memilih politeknik dan kita amat teruja melihat peningkatan itu. Mungkin ada kelebihan di situ apabila pembelajaran di politeknik lebih melibatkan industri, lebih bersifat hands-on (amali) dan memberi pendedahan kepada aspek yang diperlukan selepas tamat pengajian.

“Itu antara nilai positif yang kita dapat tawarkan kepada lepasan sekolah,” katanya kepada pemberita selepas meninjau pendaftaran pelajar baharu di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS), di sini, hari ini.

Aminuddin berkata PTSS sendiri menerima lebih 1,000 pelajar baharu setakat hari pertama pendaftaran bagi sesi kemasukan kali ini dan jumlah itu melebihi sasaran yang ditetapkan.

Sementara itu, beliau berkata bagi memastikan pelajar baharu dapat menyesuaikan diri dalam kehidupan kampus dengan lebih selesa, politeknik di seluruh negara telah membuat persiapan rapi termasuk dari segi penginapan, bilik pengajian dan kemudahan asas.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved