TVS Umum Tayang Siaran Langsung Carabao Cup

2 Dec 2024 • 9:33 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

TVS Umum Tayang Siaran Langsung Carabao Cup

KUCHING — TV Sarawak (TVS) hari ini mengumumkan bakal menyiarkan secara langsung kejohanan Carabao Cup 2024/2025 di platformnya.

Dengan ini, syarikat itu menjadi stesen televisyen wilayah pertama di Malaysia yang menyiarkan aksi bola sepak bertaraf antarabangsa kejohanan itu untuk peminat bola sepak tempatan.

“Peminat bola sepak tempatan kini berpeluang menyaksikan pasukan kegemaran mereka beraksi di platform TVS, yang semakin dikenali sebagai saluran sukan pilihan rakyat.

“TVS memastikan para penonton mendapat pengalaman tontonan terbaik melalui ulasan menarik dan liputan mendalam tentang perlawanan.

“Tidak hanya itu, saluran ini juga menyediakan analisis pra dan pasca perlawanan oleh panel pakar bola sepak tempatan, memberi peluang kepada peminat untuk memahami taktik serta strategi setiap pasukan

“Sebagai salah satu kejohanan bola sepak domestik paling berprestij di England, Carabao Cup menampilkan perlawanan sengit antara pasukan-pasukan Liga Perdana Inggeris (EPL) dan divisyen bawahan.

“Pastikan anda sentiasa mengikuti jadual siaran dan nikmati pengalaman sukan bertaraf dunia.

“Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan aksi-aksi menarik Carabao Cup di TVS,” maklum stesen penyiaran televiyen itu.

View Original Article