TweetDeck Mungkin Menjadi Ciri Eksklusif Untuk Pengguna Twitter Blue

TechnologyDigital
10 Feb 2023 • 9:59 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Twitter kini dilihat mungkin menjadikan TweetDeck sebagai ciri eksklusif untuk para pengguna yang melanggan Twitter Blue sahaja.

image is not available

Untuk makluman, TweetDeck merupakan penawaran yang disediakan oleh Twitter dalam memudahkan memantau aktiviti dan perkembangan pada media sosial tersebut – termasuk memudahkan komunikasi, serta pengurusan multi-akaun.

Pada hari ini, ramai pengguna tegar Twitter yang menggunakan TweetDeck.

Melalui kod-kod baharu, ia dilihat TweetDeck bakal menjadi sebuah ciri eksklusif untuk pengguna berbayar sahaja.

Ia tidak diketahui sama ada perkara ini akan meningkatkan kadar pelanggan Twitter Blue atau sebaliknya. Buat masa ini, Twitter Blue masih belum diperkenalkan untuk pengguna di Malaysia secara rasminya.