Twitch Lancarkan Dual Format Membolehkan Penstriman Landskap dan Menegak Serentak

TechnologyGaming
1 Jun 2026 • 2:42 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Di Twitchcon, Twitch mengumumkan ciri yang pastinya akan menggembirakan mereka yang sering pening kepala mengenai format penstriman yang ingin dipilih. Secara landskap atau menegak? Dengan Dual Format, penstrim boleh melakukan kedua-duanya dengan serentak

Image from: Twitch Lancarkan Dual Format Membolehkan Penstriman Landskap dan Menegak Serentak

Ini adalah kerana Twitch menyedari semakin ramai menstrim daripada telefon pintar. Dual Format secara automatik mengubah susunan kandungan yang distrim mengikut peranti yang digunakan untuk menonton.

Pada telefon pintar contohnya, video permainan diletakkan di atas dan di bawahnya diletakkan video kedua wajah penstrim apabila telefon dipegang menegak.

Image from: Twitch Lancarkan Dual Format Membolehkan Penstriman Landskap dan Menegak Serentak

Apabila telefon dipegang pada kedudukan landskap pula, secara automatik video permainan akan menjadi tumpuan utama dengan wajah penstrim diletakkan pada tingkap kecil sama seperti menonton di komputer.

Turut diumumkan ialah sokongan penstriman pada resolusi 1440p untuk Partners dan Affiliates bermula bulan ini dengan kadar bit sehingga 9 Mbps/1440p dan 7.5 Mbps/ 1080p.

Dual Format masih di peringkat beta dan menyokong penstriman menerusi OBS, Streamrun, Streamlabs, Meld, dan XSplit. Untuk panduan tetapan lebih lanjut sila ke pautan di bawah.

Sumber – Twitch Dual Format

View Original Article