Twitter Akan Caj AS$20 Sebulan Ke Atas Pengguna Sah

31 Oct 2022 • 8:24 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Langganan premium pilihan kini berharga AS$4.99 sebulan. Ciri baharu itu, dipanggil Twitter Blue, bernilai AS$19.99 sebulan - Gambar Fail AFP

Rangkaian sosial Twitter merancang mengenakan bayaran AS$20 sebulan ke atas pengguna sebagai pengesahan yang merupakan sebahagian daripada baik pulih diumumkan Elon Musk, lapor Sputnik, memetik media pada Isnin.

Pekerja yang terlibat dalam projek itu dimaklumkan pada Ahad bahawa mereka perlu melancarkan ciri itu menjelang 7 November atau mereka akan kehilangan pekerjaan, lapor Verge.

Musk memuktamadkan perjanjian pemerolehan ke atas Twitter dengan belian bernilai AS$44 bilion pada Jumaat lepas. Ciapan beliau pada Ahad bahawa "keseluruhan proses pengesahan sedang dirombak”.

Langganan premium pilihan kini berharga AS$4.99 sebulan. Ciri baharu itu, dipanggil Twitter Blue, bernilai AS$19.99 sebulan, lapor Verge. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved