Twitter Akan Hadkan Hanya Perkongsian Akaun Berbayar Dipaparkan Pada Tab “For You” Bermula 15 April

TechnologyDigital
28 Mar 2023 • 9:14 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Elon Musk kini menyatakan, dalam langkah untuk memerangi bilangan bot pada platform Twitter, bermula 15 April 2023 kelak, Twitter akan hanya memaparkan perkongsian Tweet daripada akaun-akaun yang disahkan sahaja pada tab “For You”.

Ini sekaligus akan mengehadkan perkongsian dari akaun Twitter Blue, pengesahan kerajaan, dan entiti syarikat yang disahkan sahaja yang dipaparkan pada bahagian berkenaan.

Disamping itu, hanya akaun-akaun yang disahkan ini sahaja akan boleh melakukan pengundian pada bancian yang dilakukan melalui Tweet di Twitter.

Sebelum ini, Twitter telah turut mengumumkan mereka akan membuang tanda pengesahan legasi, dan hanya menawarkan tanda pengesahan berwarna biru yang berbayar dibawah Twitter Blue sahaja bermula April ini.

Mungkinkah dengan langkah-langkah ini, lebih ramai melanggan Twitter Blue, atau lebih ramai akan meninggalkan platform tersebut?

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved