Twitter Akan Membuang Calit Biru Legasi Pada 20 April Pula

TechnologyDigital
12 Apr 2023 • 9:09 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Elon Musk mengumumkan bahawa calit biru legasi yang diterima pengguna yang tidak melanggan kepada Twitter Blue akan dibuang pada 20 April. Ini adalah lewat 20 hari daripada tarikh asal 1 April yang diumumkan beliau sebelum ini. Selepas tarikh ini, hanya pelanggan Blue sahaja akan mempunyai calit pengesahan identiti.

Walaupun menerima reaksi negatif daripada penerima calit biru legasi, Twitter enggan menukar polisi untuk mengekalkannya. Masih tidak lagi diketahui sama ada pengumuman baharu Elon Musk ini adalah satu lagi jenaka. Antara maklumat yang diketahui setakat ini ialah Twitter perlu membuang calit biru legasi pada akaun secara manual. Ini adalah sebab mengapa pelan asal membuang calit pada 1 April ditangguhkan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved