Twitter Akan Menamatkan Platform Buletin Emel Mereka, Revue

TechnologyDigital
15 Dec 2022 • 7:54 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Twitter kini mengumumkan mereka akan menamatkan salah satu perkhidmatan dibawah mereka, iaitu buletin emel melalui Revue – pada 18 Januari 2023.

Sebelum ini, Twitter telah mengambil-alih Revue dan mengintegrasikan ia ke dalam platform sosial tersebut. Dengan langkah tersebut, ia membolehkan pemilik akaun Twitter untuk memperluaskan capaian dan perkongsian kepada pengikut lain melalui emel, serta membolehkan perkongsian artikel atau pandangan yang lebih panjang.

image is not available

Ia tidak diketahui mengapakah Revue akan ditamatkan. Sebelum ini, ia telah diperkatakan Elon Musk akan meningkatkan had aksara pada sesuatu Tweet sehingga 4000 aksara.

Mungkin kita akan melihat Twitter menamatkan lebih banyak ciri atau produk, selari dengan penghentian sejumlah pekerja sebelum ini – dan memfokuskan kepada ciri-ciri yang digunakan oleh pengguna sahaja.