Twitter Akan Mengingati Susur Masa Terakhir Pengguna Gunakan

TechnologyDigital
25 Jan 2023 • 12:19 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Twitter telah memperkenalkan tab For You, di mana ciapan dipaparkan secara rawak berdasarkan corak penggunaan pengguna. Apa yang Twitter rasakan ciapan sesuai untuk seseorang pengguna akan dipaparkan, walaupun akaun itu tidak diikuti.

Ketika diperkenalkan pada dua minggu lalu, ia hanya terhad untuk pengguna iOS dan hanya kenudian sahaja diedarkan kepada pengguna web dan Android. Paparan ciapan tidak mengikut susur masa mengikut kronologi ini agak menjengkelkan, kerana ciapan yang dipaparkan bukan yang terkini.

image is not available

Terkini, Twitter mendedahkan “cara” untuk menetapkan paparan ciapan lalai untuk pengguna. Jika sebelum ini ikon seakan bintang boleh ditekan untuk memilih antara Untuk anda (For You), paparan ciapan susur masa tidak mengikut kronologi atau Terbaru (Latest) paparan ciapan yang rawak. Kini dengan ikon bintang telah dibuang Twitter akan mengingati susur masa terakhir penggua gunakan. Pengguna hanya perlu pastikan sebelum Twitter ditutup – tab kegemaran adalah tab terakhir yang pengguna buka. Melalui ini, setiap kali Twitter dibuka semula ia akan memaparkan tab tersebut secara lalai.

image is not available

Buat masa ini, ciri ini hanya dihadkan kepada pengguna Twitter di web dan hanya akan diedarkan kepada iOS dan Android di masa akan datang. Apa kata anda dengan ciri ini?