Twitter Bakal Perkenal Aplikasi Khusus Untuk TV Pintar – Memudahkan Tonton Video

TechnologyDigital
19 Jun 2023 • 6:41 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Elon Musk kini mengesahkan Twitter sedang membangunkan aplikasi khusus untuk televisyen pintar dalam usaha memudahkan para pengguna menonton video dari platform tersebut, terus pada kaca televisyen.

Langkah ini hadir selari dengan perkongsian baru-baru ini mengatakan Twitter akan lebih memfokuskan ke arena video. Ia sendiri sedia dikatakan hampir 10% daripada penggunaan aplikasi tersebut pada hari ini adalah meliputi tontonan video.

image is not available

Dengan video berdurasi lebih panjang dikongsikan pada platform tersebut, aplikasi khusus untuk TV akan memudahkan lagi pengguna menonton video berbanding menonton untuk durasi lama pada skrin telefon.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi aplikasi yang sedang dibangunkan oleh Twitter untuk televisyen ini akan meliputi platform yang mana, dan televisyen jenama apa. Mungkin kita akan mengetahui lanjut berkenaan dengannya dalam masa terdekat ini.