Twitter Blue Kini Dilancarkan Untuk Semua Pengguna Global

TechnologyDigital
24 Mar 2023 • 7:15 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Twitter Blue kini boleh dilanggan semua pengguna Twitter tidak kira dimana mereka berada. Pelancaran perkhidmatan ini dilakukan secara berperingkat dengan ia hanya ditawarkan di Malaysia beberapa minggu yang lalu.

Menerusi Blue, pengguna akan mendapat pengesahan calit biru pada nama, kemampuan menyunting ciapan yang dihantar, menghantar ciapan lebih 1000 aksara, pengurangan iklan, kustomasi aplikasi dan kustomasi ikon aplikasi. Setakat ini ciri pengurangan iklan masih lagi belum diaktifkan. Elon Musk juga berkata perkongsian keuntungan iklan juga akan dikongsi dengan pelanggan Blue tetapi ciri ini juga belum kelihatan.

Twitter Blue ditawarkan pada harga RM35 sebulan atau RM369 setahun apabila dilanggan melalui web. Harga langganan adalah lebih tinggi apabila dilanggan melalui aplikasi iPhone atau Android. Sekiranya melanggan melalui Android dan iPhone, ia mencapai harga RM50 sebulan, atau RM519.90 setahun.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved