Twitter Bukan Lagi Platform Buang Masa Kerana Pendapatan Kini Boleh Dijana Menggunakannya

TechnologyDigital
14 Jul 2023 • 12:20 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Bulan lepas Elon Musk mengumumkan yang Twitter akan mula membayar pencipta kandungan untuk iklan yang muncul di bawah ciapan. Bayaran ini hanya akan diberikan kepada pencipta kandungan dengan Twitter Blue dan jika iklan tersebut dilihat oleh pengguna Twitter Blue. Minggu ini, Twitter mula membayar pencipta kandungan yang layak. Dengan langkah ini akhirnya mereka boleh menjana pendapatan sendiri.

Bukan itu sahaja bayaran oleh Twitter ini juga terhad kepada impresi (impression) ciapan yang mencapai lebih 5 juta dan ke atas. Kiraan bayaran ini dikatakan bermula dari Februari dan hanya minggu ini sesetengah pengguna Twitter mula menerima bayaran. Berdasarkan apa yang dikongsi di Twitter, bayaran yang diterima adalah dari ribuan dollar sehingga mencapai hampir $40,000 dollar.