Twitter iOS Tidak Lagi Memaparkan Gambar Pada Saiz Penuh

TechnologyDigital
11 Jan 2023 • 5:18 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Sudah bertahun lamanya, gambar-gambar yang dikongsi di Twitter dipangkas dan hanya perlu ditekan untuk lihat pada saiz penuh. Bulan Mei 2021, Twitter memperkenalkan kemampuan paparan gambar pada saiz penuh.

Kini selepas setahun lebih diperkenalkan, mereka melakukan pusingan-u dan paparan gambar telah kembali dipangkas. aplikasi Twitter tidak perlu dikemaskini pun, saya sedari gambar-gambar terpapar bukan lagi dalam saiz penuh.

image is not available

Perubahan ini dilihat hanya berlaku pada peranti iOS sahaja dan tidak pada peranti Android. Tidak pasti jika ini adalah pepijat atau sengaja dilakukan dan turut tiada sebarang kenyataan dikeluarkan oleh Twitter mengenai perubahan ini.

Di iOS saya mula sedari perubahan ini berlaku pada versi 9.39. Sementara di Android saya menggunakan versi 9.70.0. Apakah pendapat anda mengenai perkara ini? Adakah anda lebih sukakan paparan gambar saiz penuh atau yang dipangkas.