Twitter kehilangan 80% tenaga kerja

Technology
21 Jan 2023 • 2:41 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

WASHINGTON: Bilangan pekerja Twitter telah berkurangan kira-kira 80 peratus sejak usahawan Elon Musk (gambar) mengambil alih paltform media sosial itu, lapor Sputnik.

Sebelum Musk memuktamadkan pengambilalihan Twitter bernilai AS$44 bilion pada akhir Oktober 2022, syarikat yang berpangkalan di San Francisco itu mempunyai kira-kira 7,500 pekerja tetapi bilangannya menurun kepada kira-kira 1,300 pekerja.

Twitter kini mempunyai kurang daripada 550 jurutera sepenuh masa serta pasukan petugas keselamatan termasuk kurang daripada 20 pekerja sepenuh masa.

Syarikat itu juga mempunyai kira-kira 1,400 pekerja tidak bekerja yang masih dibayar gaji di samping hampir 75 daripada 1,300 pekerja syarikat sedang bercuti termasuk 40 jurutera.

Pada Disember, The New York Times melaporkan bahawa Twitter telah berhenti membayar sewa ruang pejabat selama beberapa minggu untuk mengurangkan kos. -Bernama