Twitter Kini Kembali Membolehkan Orang Ramai Melihat Tweet, Walau Tidak Berdaftar Atau Log Masuk

TechnologyDigital
6 Jul 2023 • 1:16 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Beberapa hari lepas, Elon Musk telah mengehadkan paparan Tweet kepada orang ramai, dimana untuk pengguna tidak berdaftar, Twitter tidak memaparkan sebarang Tweet untuk dilihat. Pengguna dipaksa untuk mendaftar akaun atau log masuk sebelum dapat melihat sesuatu perkongsian.

image is not available

Namun, kini, pihak Twitter dilihat mengubah ia kembali, dan telah mula membolehkan semua melihat sesuatu Tweet walau tidak mendaftar masuk ke platform berkenaan.

Perubahan ini hadir pada hari pelancaran pesaing Twitter oleh Meta, dinamakan Threads. Mengikut perkongsian Mark Zuckerberg, perkhidmatan berkenaan menyaksikan lebih 5 juta pengguna berdaftar dalam tempoh 4 jam pertama pengenalannya.