
Twitter Panggil Semula Pekerja Lama Selepas ‘Buang’ Secara Drastik
Twitter kini memanggil kembali puluhan pekerja yang diberhentikan secara tidak sengaja ketika pemilik baharu, Elon Musk membuat keputusan drastik dalam menamatkan perkhidmatan mereka sebelum ini.
Difahamkan, hampir 3,700 orang ditamatkan kontrak melalui emel pada minggu ini bagi mengurangkan kos berikutan pengambilalihan Musk pada akhir Oktober lalu.
Sebahagian daripada kakitangan dibuang sebelum syarikat menyedari bahawa pengalaman kerja mereka mungkin diperlukan untuk menghasilkan inovatif baharu yang dibayangkan Musk.
Oleh itu, menurut Bloomberg, permintaan untuk memanggil semula kakitangan kembali bekerja menunjukkan syarikat tersebut dipercayai tidak mampu menguruskan masalah berkenaan.
Bagaimanapun jurucakap Twitter tidak memberi sebarang komen mengenai perkara itu dan rancangan mereka untuk mengambil semula pekerja sebelum ini diumumkan oleh Platformer.
Regarding Twitter’s reduction in force, unfortunately there is no choice when the company is losing over $4M/day.
Everyone exited was offered 3 months of severance, which is 50% more than legally required.
— Elon Musk (@elonmusk) November 4, 2022
Pada Jumaat lalu, Musk membuat kenyataan di Twitter mengenai tindakannya dalam membuang pekerja secara drastik.
“Mengenai pengurangan Twitter berkuat kuasa serta-merta, malangnya tiada pilihan yang boleh dilakukan apabila syarikat itu kerugian lebih Rm18 juta sehari,” kata Musk menerusi Twitter.
Sementara itu, Twitter dilaporkan mempunyai hampir 3,700 pekerja yang masih bekerja di syarikat tersebut. Pemilik baharu itu mendorong mereka yang kekal di syarikat untuk bergerak pantas dalam membina ciri baharu.
Oleh itu, terdapat beberapa kes melibatkan pekerja tidur di pejabat untuk memenuhi tarikh akhir baharu tular di media sosial.
Twitter lancar plan baharu
Pada minggu lalu, Twitter melancarkan pelan langganan Twitter Blue baharu, iaitu menawarkan tanda semak pengesahan (verified) untuk mana-mana pengguna dengan caj RM37 sebulan.
Syarikat itu juga memaklumkan tidak lama lagi ia akan melancarkan ciri lain, termasuk cara mengiklankan produk, keupayaan untuk menyiarkan video yang lebih panjang, menulis teks lebih banyak serta meningkatkan carian orang ramai.
Sementara itu, The New York Times pada Ahad melaporkan Twitter akan menangguhkan perubahan tanda semak sehingga tempoh selepas pilihan raya (US) separuh penggal pada Selasa.
Perkara itu dibuat selepas pengguna dan pekerja membangkitkan kebimbangan mereka dan menyatakan bahawa perubahan tersebut boleh disalahgunakan untuk menimbulkan perbalahan.
Sumber: Bloomberg
The post Twitter Panggil Semula Pekerja Lama Selepas ‘Buang’ Secara Drastik appeared first on Siakap Keli.


![[VIDEO] PN nilai semula pengeluaran KWSP bersasar](https://cdn.newswav.com/img/topic/politics.jpeg)
