Jerebu Sri Aman

18 Sep 2019 • 10:22 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Pemandangan matahari kemerahan akibat jerebu di Jalan Sri Aman - Lingga yang dirakam pada 7 pagi ini. Kualiti udara di Sri Aman secara umumnya menunjukkan penurunan setakat 8 pagi ini daripada peringkat bahaya kepada sangat tidak sihat. Menurut data yang dikeluarkan Jabatan Alam Sekitar (JAS), bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di sini menurun daripada 396 pada malam semalam kepada 239 pada 8 pagi ini. - Foto Bernama