“Tya Bawa Satu Aura Yang Sangat Positif…” – Shukri Yahaya Akui Penampilan Isteri Berniqab Punca Makin Rajin Mengaji

LocalEntertainment
28 Nov 2024 • 11:12 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon, Shukri Yahaya akui penampilan isterinya, Tya Adnan yang berniqab sejak Februari lalu membawa aura yang positif terhadap rumah tangga mereka.

Shukri atau nama lengkapnya, Mohd Shukri Yahaya berkata perubahan yang dilakukan oleh isterinya itu bukan hanya pada imej bahkan secara tidak langsung menyuntik semangat menggandakan amalan harian termasuk membaca al-Quran.

Sejujurnya Tya membawa satu aura atau semangat yang sangat positif kepada diri saya sejak dulu sampai sekarang, lebih-lebih lagi selepas berniqab.

image is not available

Suasana dalam rumah tangga mungkin sama sahaja, cuma selepas penampilannya berubah, amalan yang kami lakukan juga bertambah antaranya kami semakin kerap mengaji al-Quran berdua.

Menurut HibGlam, pelakon itu meluahkan rasa bersyukur melihat perubahan insan kesayangannya selain memanjatkan doa agar Tya terus istiqamah.

Tiada apa yang perlu diperkatakan mengenai pilihannya berniqab kerana saya sendiri gembira dan bersyukur isteri semakin menjaga aurat.

image is not available

Saya cuma titipkan nasihat supaya jangan mengalah kerana pilihan berniqab yang dilakukan sudah betul.

Sekadar info, Tya atau Siti Nurfatihah Adnan yang baru pulang dari mengerjakan umrah meraih perhatian ramai apabila dia tampil berniqab.

image is not available 4 months ago

"Bagi Mengelakkan Segala Maksiat" - Tya Adnan Kini Berniqab, Shukri Yahaya Sokong Isteri Jaga Aurat