Tyra Kamaruzzaman bersalin anak kedua. 'Satu lagi doa dimakbulkan...'

EntertainmentFamily & Parenting
7 May 2026 • 11:22 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

Image from: Tyra Kamaruzzaman bersalin anak kedua. 'Satu lagi doa dimakbulkan...'

PEMPENGARUH dan usahawan, Tyra Kamaruzzaman menyambut kehadiran cahaya mata keduanya yang selamat dilahirkan pada 4 Mei lalu.

Tyra atau nama lengkapnya Athirah Kamaruzzaman memuat naik foto bersama suami, Emran Rijal selepas kelahiran bayi mereka.

"Alhamdulillah, Masya-ALLAH, tabarakallah.

"Pada pagi indah 4 Mei, kami menyambut hadirnya satu lagi doa yang dimakbulkan dalam hidup kami.

"Cahaya mata kedua kami, Elaira Emran," kongsinya.

Turut dikongsikan, momen manis anak sulung mereka bertemu adik baharu.

Pasangan berkenaan menerima ucapan tahniah daripada warganet.

Untuk info, Tyra mendirikan rumah tangga dengan pereka fesyen terkenal, Emran Rijal pada 3 Mei 2024.

Mereka terdahulu menimang cahaya mata sulung bernama Tyara pada tanggal 19 Januari 2025.

View Original Article