TYT Sarawak Buat Penampilan Umum Pertama Di Padang Merdeka Setelah Balik Dari Turkiye

28 Sep 2023 • 11:51 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Kemeriahan sambutan Maulidur Rasul itu turut diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri Sarawak

TYT Sarawak Buat Penampilan Umum Pertama Di Padang Merdeka Setelah Balik Dari Turkiye. Padang Merdeka di Kuching hari ini menjadi tumpuan ribuan rakyat apabila perhimpunan dan perarakan Maulidur Rasul peringkat negeri berlangsung dengan gemilang.

Kemeriahan sambutan Maulidur Rasul itu turut diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan isteri, Toh Puan Raghad Kurdi Taib yang tiba di lokasi acara lebih kurang jam 8.30 pagi.

image is not available
TYT Sarawak Buat Penampilan Umum Pertama Di Padang Merdeka Setelah Balik Dari Turkiye. Sumber gambar: The Borneo Post

Membuat penampilan umum pertamanya setelah kembali ke Sarawak dari Istanbul, Turkiye

Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud membuat penampilan umum pertamanya setelah kembali ke Sarawak dari Istanbul, Turkiye.

Sementara itu, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta isteri Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang sudah pun tiba di Padang Merdeka pada 8.02 pagi, menyaksikan persiapan dan kedatangan kontinjen-kontinjen yang akan berarak.

image is not available
TYT Sarawak Buat Penampilan Umum Pertama Di Padang Merdeka Setelah Balik Dari Turkiye. Sumber gambar: Buletin TV3

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, berpeluang berbual-bual dan tampak akrab dengan Tun Taib

TYT Sarawak ini dilihat dalam keadaan sihat dan ceria semasa menghadiri perhimpunan dan perarakan Maulidur Rasul peringkat negeri. Acara tahunan ini dianjurkan untuk memperingati kelahiran Nabi Muhammad S.A.W. dan mendapat sambutan meriah dari penduduk Sarawak.

Dalam acara tersebut, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, berpeluang berbual-bual dan tampak akrab dengan Tun Taib.

image is not available
TYT Sarawak Buat Penampilan Umum Pertama Di Padang Merdeka Setelah Balik Dari Turkiye. Sumber gambar: Jiwa Bakti

Sebanyak 248 kontinjen merangkumi 10,991 peserta telah memulakan Perarakan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sarawak 2023 di Padang Merdeka, di Kuching, pagi ini. Meskipun dalam keadaan hujan renyai-renyai ia tidak mematahkan semangat mereka mengharungi perjalanan dalam perarakan itu.

Lagi artikel menarik, anda boleh baca di pautan bawah: