
Presiden Türkiye Recep Tayyip Erdogan mengumumkan negaranya menemui kira-kira 150 juta tong rizab minyak bersih di kawasan pergunungan tenggara yang bernilai RM52 bilion, lapor TRT World.
“Kami menemui 150 juta tong rizab minyak bersih di Gunung Gabar. Ia adalah salah satu daripada 10 penemuan darat teratas pada 2022. Nilai rizab adalah kira-kira RM52 bilion,” kata Erdogan.
Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat kabinet di ibu negara Ankara pada Isnin.
Erdogan turut menyatakan Turkiye telah mempergiatkan akriviti mencari gali minyak di darat.
Ujarnya, pengeluaran minyak bermula dari telaga tempat konkrit dituang, di mana sebelum ini dipercayai tidak mempunyai minyak.
Kata Erdogan, pengeluaran juga dicari di kawasan yang ditinggalkan kerana faktor ‘keganasan’ .
Justeru kerajaannya menyasarkan untuk meningkatkan pengeluaran hariannya kepada 100,000 tong pada ulang tahun Republik Turkiye yang ke-100 kelak.
Sebelum tiba pada ulang tahun itu, Erdogan mengatakan penyelidikan seismik akan dilakukan bersama penggerudian dan kaedah untuk meningkatkan produktiviti.
Nama wilayah penemuan baharu rizab minyak tersebut telah dinamakan sempena Gendarmerie Esma Cevik yang syahid dalam kerja pembersihan lombong di Gunung Gabar sebelum ini.
Sumber: TRT World
The post Türkiye Temui 150 Juta Tong Rizab Minyak Bernilai RM52 Bilion – Laporan appeared first on Siakap Keli.

