U Mobile Dan Huawei Bekerjasama Untuk Rangkaian 5G Kedua Di Malaysia

TechnologyDigital
12 Aug 2024 • 4:27 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

U Mobile dan Huawei Malaysia telah menandatangi Memorandum Persefahaman (MoU) untuk menyokong pelan hala tuju pelan hala tuju strategik syarikat telekomunikasi itu untuk membentuk kemenjadian rangkaian 5G kedua dapat direalisasikan.

image is not available

Di bawah penjanjian itu, U Mobile boleh menggunakan kepakaran Huawei untuk penambahbaikan dan inovasi yang dibawakan oleh teknologi 5G di masa akan datang. Ia termasuklah memanfaatkan perkakasan dan perisian canggih Huawei untuk membina rangkaian 5G yang berprestasi tinggi dan cekap. Di samping turut mengkaji evolusi serta pembangunan menyeluruh 5G yang meliputi teras rangkaian akses radio (RAN) dan teknologi masa depan lain bagi memenuhi pelbagai keperluan pengguna dan pasaran.

image is not available

Dalam konteks yang sama, U Mobile dan Huawei turut akan bersedia berkongsi pengalaman serta kepakaran dalam bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk memperluaskan peluang mereka mengguna pakai teknologi termaju untuk menyokong keperluan pasaran khususnya perusahaan yang mempunyai permintaan untuk jalur lebar pada tahap tertinggi. Pada masa yang sama kedua-dua syarikat juga akan mempergiatkan lagi aktiviti kajian dan penyelidikan untuk kepuasan pelanggan 5G yang lebih baik serta berkualiti dalam kedua-dua kalangan pengguna dan perusahaan sosial.

image is not available

Selain itu U Mobile dan Huawei akan turut meneroka lebih banyak pilihan sumber pembiayaan projek seperti pembiayaan vendor dalam perniagaan atau pelan pembayaran tertunda. Asas kukuh yang pernah wujud melalui kerjasama lepas telah mendorong kepada kepada perkara ini. Seterusnya dijangka mampu membantu dalam merealisasikan perancangan kedua-duanya untuk memajukan keupayaan telekomunikasi tempatan.