U Mobile Perkenal Pelan U Home 5G Borneo Dengan Harga Langganan RM58 Sebulan

LocalTechnology
13 Oct 2025 • 12:55 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

U Mobile kini memperkenalkan pelan jalur lebar rumah terbaharu, U Home 5G Borneo, yang ditawarkan khusus kepada pelanggan di Sabah dan Sarawak. Sebelum ini, pelan tersebut hanya tersedia untuk pengguna di Semenanjung Malaysia.

image is not available

Pelan ini membolehkan pelanggan menikmati data tanpa had pada kelajuan penuh, sejajar dengan penawaran di Semenanjung Malaysia. Pelanggan yang sudah memiliki penghala 5G boleh melanggan pelan ini tanpa perlu menandatangani kontrak.

image is not available

Pelanggan yang memerlukan penghala baharu boleh mendapatkan peranti berprestasi tinggi daripada U Mobile, dikenali sebagai Game-Grade Router. Peranti ini ditawarkan melalui kontrak selama dua tahun dan merupakan model yang sama seperti yang digunakan oleh pelanggan di Semenanjung Malaysia.

U Mobile menetapkan harga langganan bulanan pelan ini pada RM58 di mana tertakluk kepada harga promosi yang boleh berubah selepas tempoh tertentu. Pelanggan turut berpeluang menambah langganan Sooka Premium dengan bayaran tambahan sebanyak RM30 sebulan.

image is not available

U Mobile turut menyediakan pilihan untuk menambah televisyen 4K sebagai sebahagian daripada pakej bundel, dengan bayaran tambahan antara RM64 hingga RM217 sebulan. Pelanggan boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan melayari laman rasmi U Mobile.