U Mobile Tawar ‘ULTRA Football Pass’ Sempena Piala Dunia FIFA 2026 – Penebusan Percuma Untuk Pengguna Terpilih

LocalFootball
11 Jun 2026 • 2:52 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

U Mobile Tawar ‘ULTRA Football Pass’ Sempena Piala Dunia FIFA 2026 – Penebusan Percuma Untuk Pengguna Terpilih

Demam bola sepak dunia kembali melanda dengan Kejohanan Piala Dunia FIFA 2026 yang secara rasmi membuka tirai di Mexico City. Di Malaysia, peminat bola sepak mempunyai pelbagai pilihan untuk menikmati aksi berprestij ini termasuk melalui RTMKlik. Dalam usaha memberikan pengalaman tontonan terbaik, U Mobile telah diumumkan sebagai penaja rasmi siaran FIFA World Cup 2026 di RTMKlik.

Image from: U Mobile Tawar ‘ULTRA Football Pass’ Sempena Piala Dunia FIFA 2026 – Penebusan Percuma Untuk Pengguna Terpilih

Sebagai sebahagian daripada inisiatif ini, U Mobile menawarkan ULTRA Football Pass yang membolehkan semua pelanggan mudah alih dan jalur lebar menonton kesemua 104 perlawanan secara penstriman dengan data tanpa had setiap hari pada kelajuan tanpa had. Penebusan boleh dilakukan secara percuma melalui aplikasi MyUMobile dan tawaran ini berlangsung dari 11 Jun hingga 20 Julai 2026.

Memetik laman FAQ, ULTRA Football Pass ini ditawarkan secara percuma untuk tempoh 24 jam dan boleh diakses melalui RTMKlik sama ada melalui laman web atau aplikasi mudah alih. Sebagai contoh, jika ia diaktifkan pada jam 10 pagi pada 12 Jun 2026, pas tersebut akan tamat pada jam 9.59 pagi keesokan harinya iaitu pada 13 Jun 2026.

Hanya pelanggan U Mobile tertentu layak menebus pas ini iaitu semua pengguna mudah alih dan jalur lebar kecuali mereka yang berada di bawah pelan U Mobile Fibre, ULTRA Tourist dan ULTRA5G Trial. Melaluinya, pelanggan yang layak dapat menonton setiap perlawanan secara penstriman dengan data tanpa had serta kelajuan tanpa had, seperti yang dinyatakan oleh U Mobile.

Penebusan boleh dilakukan melalui aplikasi MyUMobile dengan beberapa langkah mudah iaitu membuka aplikasi, memilih menu Add-Ons, kemudian pergi ke tab ULTRA Football Fest untuk menebus ULTRA Football Pass. Setelah penebusan berjaya, pas akan diaktifkan secara automatik, dan pelanggan akan menerima SMS pengesahan.

Akaun juga mestilah aktif untuk menebus pas ini dan ia boleh ditebus semula selepas pas sedia ada tamat tempoh. Pas ini juga tidak menggunakan kuota data sedia ada apabila menonton melalui laman web atau aplikasi rasmi RTMKlik. Pun begitu, ia hanya sah digunakan di dalam Malaysia dan tidak boleh digunakan ketika berada di luar negara.

View Original Article