U Mobile Umum Penawaran Perkhidmatan 5G Bermula 3 November 2022

TechnologyDigital
31 Oct 2022 • 1:50 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

U Mobile hari ini mengumumkan mereka telah pun memetarai perjanjian bersama pihak DNB untuk penawaran perkhidmatan, dan akan mula menawarkan perkhidmatan 5G secara komersil bermula 3 November 2022.

image is not available

Bagi para pengguna U Mobile yang ingin menikmati perkhidmatan 5G, anda perlu menggunakan peranti yang menyokong rangkaian 5G di Malaysia, disamping turut menggunakan pelan sedia 5G sama ada prabayar atau pascabayar. Terdapat beberapa pelan yang menawarkan sokongan 5G, termasuk U Postpaid 38, U Postpaid 68, U Postpaid 68 dan juga U Postpaid 98 untuk pascabayar.

Untuk pengguna prabayar pula, pengguna pelan U 25 dan U35 boleh menikmati kelajuan 5G dengan menebus “Speed Booster” percuma pada pelan mereka – memberikan akses tanpa had kelajuan selama sejam setiap hari.