Covid-19: Kes baharu, kematian meningkat di India

1 May 2020 • 1:59 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

NEW DELHI- Seramai 72 lagi maut di India akibat koronavirus (Covid-19) selain 1,433 kes positif baharu dilaporkan sejak Jumaat, menjadikan jumlah kematian seramai 1,147 orang dan jumlah kes 35,043, lapor agensi berita Xinhua.

"Sehingga 8 pagi (waktu tempatan), hari ini 1,147 kematian berkaitan Covid-19 direkodkan di negara ini," menurut Kementerian Kesihatan pada Jumaat.

Pada Khamis petang jumlah kes sebanyak 33,610 dan 1,075 orang maut manakala 8,889 pesakit discaj.

"Jumlah kes aktif setakat ini sebanyak 25,007," menurut kementerian itu.

India mengumumkan sekatan pergerakan pada 25 Mac, yang dilanjutkan sehingga 3 Mei.-Bernama




Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved