PUTRAJAYA - Kementerian Luar Negeri dijangka akan membawa pulang rakyat di Iran dan Itali dalam Misi Bantuan dan Bencana (HARD) kali ketiga, minggu ini susulan wabak koronavirus (Covid-19).
Timbalan Menterinya, Datuk Kamarudin Jaffar berkata, setakat ini 48 individu di Iran termasuk kakitangan kedutaan telah bersetuju untuk dibawa pulang.
"Kesemua yang berdaftar di Iran akan dibawa pulang," katanya.
Menurutnya, seramai 323 rakyat telah mendaftarkan diri dengan pihak kedutaan.
"Bagaimanapun daripada jumlah itu, hanya 79 individu yang menyatakan persetujuan untuk dibawa pulang," katanya.
AKAN MENYUSUL

