Mangsa banjir di Rompin meningkat

15 Dec 2019 • 4:22 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

KUANTAN - Jumlah mangsa banjir di daerah Rompin meningkat kepada 743 orang daripada 190 keluarga sehingga tengah hari semalam berbanding 637 orang daripada 170 keluarga yang direkodkan jam 8 pagi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang, Penolong Pesuruhjaya (PA), Zainal Yusof berkata, Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang dibuka di daerah itu kekal sembilan buah.

Beliau berkata, PPS yang dibuka termasuk di Balai Kampung Sepayang melibatkan seramai 42 mangsa selain Dewan Teluk Gading (30 mangsa), Balairaya Lintang atau Surau Kampung Perpat (23 mangsa).

Menurutnya, enam lagi PPS yang dibuka ialah Balairaya Kampung Janglau (34 mangsa), Dewan Kampung Setajam (159 mangsa), Dewan Angkat Berat (42 mangsa), Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Pianggau (263 mangsa), Balai Raya Bukit Lepas ( 33 mangsa) dan SK Sarang Tiong (117 mangsa).

"Kesemua mangsa dipindahkan dengan kerjasama pihak Jawatankuasa Bencana Daerah, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Zainal berkata, tiga jalan di Rompin kini ditutup kepada kenderaan sejak 11 malam kelmarin iaitu Jalan Kampung Denai, Jalan Kampung Sungai Mok dan Jalan Lubuk Batu.


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved