Apple Mac Pro Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga Bermula Dari RM 25,999

TechnologyDigital
11 Dec 2019 • 10:10 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Apple Mac Pro mula dijual di beberapa negara pasaran utama semalam. Di Malaysia ia masih lagi belum dijual tetapi harganya kini diketahui menerusi laman rasmi Apple. Bagi yang berminat, sebuah Mac Pro jenis menara ditawarkan pada harga bermula dari RM25,999 manakala versi rak pula pada harga bermula dari RM27,999 sebuah,

image is not available

Tidak diketahui konfigurasi apakah yang ditawarkan pada harga ini tetapi besar kemungkinan untuk pemproses 3.5 GHz Intel Xeon W lapan teras dan memori sebesar 32GB RAM. Harga jualan Pro Display XDR pula bermula dari RM19,999 dengan bahagian tapak dijual berasingan pada harga RM4499. Dengan harga yang kini diketahui, mungkin pengguna yang berminat boleh mula mengumpul duit untuk memilikinya apabila ia ditawarkan di Malaysia kelak.

image is not available

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved