Perkhidmatan penstriman video Disney+ akan memulakan operasi pada November hadapan di Amerika Utara dan Belanda terlebih dahulu. Ia adalah saingan terdekat kepada Neftlix yang selama ini mendominasi pasaran penstriman video berbayar. Pihak Disney+ hari ini mengumumkan senarai peranti yang boleh menggunakan perkhidmatan mereka 12 November ini.

Selepas Amerika Utara dan Belanda, Disney+ akan ditawarkan pula kepada pengguna di Australia dan New Zealand sebelum penghujung 2019. Perkhidmatan ini kemudiannya akan ditawarkan ke peringkat global secara berperingkat dalam masa dua tahun.
