UAI Bidas Kenyataan Abang Tesla Tentang ‘Isteri Pertama Untuk Dihargai, Isteri Kedua Untuk Dicintai’ [Video]

28 Aug 2023 • 6:27 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Isu mengenai perkahwinan kedua pempengaruh dan usahawan, Abang Tesla masih hangat diperkatakan hingga kini walaupun telah lebih seminggu tular di media sosial.

Apa yang lebih memanaskan lagi keadaan timbul kenyataan yang dibuat olehnya bahawa ‘isteri pertama untuk dihargai, isteri kedua untuk dicintai’. Menurut usahawan itu, kenyataan berkenaan dipelajari dan turut digunakan seorang ustaz.

UAI Anggap Dakwaan Merupakan Ayat Netizen & Bukan Datang Daripada al-Quran Hadis

Ketika ditanya mengenai kesahihan kenyataan itu dalam sebuah ceramah, penceramah terkenal iaitu Ustaz Azhar Idrus atau UAI berpendapat ia merupakan dakwaan yang tidak betul.

“Isteri Pertama untuk dihargai, isteri kedua untuk dicintai betul atau tidak?

“Jawabnya betul, orang ini sudah tidak betul,” kata UAI menerusi video yang dikongsikan di akaun Tik Tok miliknya.

Bagi beliau, kenyataan tersebut bukan datang daripada hadis tetapi dikeluarkan oleh netizen. Oleh itu, UAI menyeru agar semua orang perlu berpandukan kepada al-Quran dan hadis sebelum percaya kepada sesuatu perkara.

“Jika ikut netizen, sesatlah kamu, jumpa api neraka.

“Mana ada isteri pertama untuk dihargai, isteri kedua untuk dicintai,” kata beliau lagi menerusi video ceramah berkenaan.

Kenyataan Boleh Kecilkan Hati Isteri Pertama

Menurut beliau, kenyataan yang dikeluarkan itu boleh menyebabkan hati isteri pertama kecewa. Malah, suami seharusnya menjalankan tanggungjawab kepada semua isteri.

“Sebenarnya isteri pertama atau kedua, kedua-duanya adalah tanggungjawab kita yang akan ditanya di akhirat.

“Sebab tu nabi kata suami yang paling baik tidak kira berapa isterinya adalah yang paling banyak berbuat baik kepada isteri,” kata UAI lagi.

Tambah penceramah terkenal itu, ucapan-ucapan suami yang menyakitkan hati isteri merupakan satu perbuatan yang tidak baik dan akan dihitung di akhirat.

@ustaz.azhar.idrus

Isteri Pertama Untuk Dihargai, Isteri Kedua Untuk Di Cintai? @Ustaz Azhar Idrus Official #ustazazharidrusofficial #ustazazharidrus #uai #uaioriginal #tanyalahustaz #ustazazhar #malaysia #abangtesla

♬ Emotional – Bang Nono

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengecam kenyataan yang dikeluarkan oleh Abang Tesla itu. Ada segelintir daripada netizen yang menganggap dakwaan itu sengaja dikeluarkan oleh pempengaruh itu sebagai alasan untuk kahwin buat kali kedua.

Malah, ada di antara mereka yang turut meminta bukti gerangan ustaz yang mengeluarkan kenyataan seperti yang didakwa olehnya.

Aku Syak Abang Tesla Reka Cerita La Pasal Ustaz Tu

image is not available

Entah Mana Ustaz Yang Abang Tesla Dengar, Dua-Dua Isteri Adalah Tanggungjawab

image is not available

Kan Dah Mendapat, Terima Kasih Ustaz Bagi Setepek Dengan Ayat-Ayat Seperti Ini

image is not available

Terbaik Ustaz

image is not available

Alasan Nak Kahwin Dua Je Tu, Terbaik La Penjelasan Ustaz

image is not available

Source: