Tun M mahu Sabah, Sarawak pertimbang miliki saham Petronas

18 Dec 2019 • 12:25 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

KUCHING - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mahu Sarawak dan Sabah menimbang kedudukan Petronas sebagai syarikat minyak dunia semasa mengkaji cadangan untuk memiliki kepentingan dalam syarikat itu.

Pejabat Ketua Menteri Sarawak dalam kenyataan hari ini berkata, Dr Mahathir membuat saranan itu pada pertemuan dengan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di Putrajaya pada Isnin.

Dalam pertemuan selama 90 minit itu, Dr Mahathir mempelawa Sarawak dan Sabah untuk meneroka gagasan tiga wilayah di Semenanjung Malaysia, Sarawak dan Sabah untuk memiliki kepentingan dalam Petronas.

"Ini mengambil kira mengenai kedudukan syarikat minyak negara itu sebagai syarikat minyak global dengan konsesi di luar negara terutama di Asia Tengah, Afrika dan Amerika Utara, terutama di Kanada," katanya.

Menurut kenyataan itu, dalam pertemuan tersebut, Abang Johari memaklumkan kepada Dr Mahathir bahawa Sarawak perlu mengkaji cadangan itu secara mendalam dan mahu mengukuhkan penyertaan syarikat minyak dan gas milik negeri itu iaitu Petros dalam aktiviti hiliran dan huluan industri di Sarawak. - Bernama


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved