Ubah No Plat Untuk Isi RON95, Warga Emas PR Singapura Didenda RM9,000

LocalPolitics
14 Jan 2026 • 12:14 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Ubah No Plat Untuk Isi RON95, Warga Emas PR Singapura Didenda RM9,000

KULAI, 14 Jan (Bernama) — Seorang lelaki warga emas pemegang status penduduk tetap Singapura, yang dikesan mengisi petrol RON95 pada awal bulan ini, didenda RM9,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana mempamerkan nombor pendaftaran bukan milik kenderaan dipandunya.

Majistret R. Salini membuat keputusan itu selepas Long Sa Kow, 64, selaku orang kena saman (OKS), mengaku bersalah dan memerintahkan tertuduh dipenjara sembilan bulan jika gagal membayar denda itu.

Mengikut pertuduhan, Long sebagai pemandu kereta bernombor SLJ8967M jenis Volkswagen Jetta berwarna perak didapati telah melakukan kesalahan itu di sebuah Stesen Minyak di Batu 21/4, Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam, Daerah Kulai pada kira-kira 10.30 malam 2 Jan lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 108(3)(e) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya S. Thiviya memohon agar OKS dikenakan hukuman berbentuk pencegahan dan pengajaran kerana kesalahan itu melibatkan kepentingan awam di negara ini selain niat lelaki itu adalah bersifat kepentingan diri.

Bagaimanapun, peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan Sharmaine Fairuz Mohd Zulkifli merayu hukuman ringan atas alasan ini kesalahan pertama Long dan anak guamnya adalah pesara tanpa pendapatan tetap selain perlu menanggung isteri yang tidak bekerja serta anak yang masih bersekolah.

Long kemudian membayar denda itu.

BACA: Tuan Rumah Terkejut Lihat Ular Sawa Panjang ‘Tidur’ Atas Meja Makan
BACA: BTS Sahkan Konsert “BTS World Tour 2026” Di Malaysia Pada Disember Ini

Sumber: Bernama

The post Ubah No Plat Untuk Isi RON95, Warga Emas PR Singapura Didenda RM9,000 appeared first on Siakap Keli.