Ubah selera hujung minggu ini dengan resipi unik kacang pool, lagi puas hati dan sedap!

FoodCooking
18 Jun 2022 • 10:00 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available
kacang pool

SEKALI sekala, ubah selera dengan sajian kacang pool, lagi sedap dan puas hati kalau buat sendiri!

Ya, sebut sahaja mengenai masakan yang popular di Johor dan Singapura tersebut, bukan sahaja boleh dijadikan sebagai sarapan pagi yang mengenyangkan, malah sesuai dimakan untuk dihidangkan sebagai minum petang.

Perkongsian Mat Gebu dalam blog www.tiffinbiru.com cukup menyelerakan.

Apatah lagi resipi berkenaan semakin kaw kaw enaknya apabila dimasak dengan daging lembu kisar.

image is not available

Berikut bahan-bahan yang diperlukan untuk menyediakan set kacang pool untuk dua orang:

Bahan-bahan

(tanda * dikisar halus)

image is not available

Bahan sampingan

  • Roti paun atau roti perancis (potong, sapu sedikit majerin dan panggang sekejap)
  • Telur (digoreng mata kerbau secukupnya)
  • Bawang besar (dipotong dadu)
  • Cili hijau (dihiris halus)
  • Cili merah (dihiris halus)
  • Tomato (dipotong dadu)
  • Limau kasturi secukupnya (dibelah dua)
  • Minyak sapi cair

image is not available

Cara penyediaan:

1. Masukkan bahan yang sudah dikisar halus bersama rempah kari dan serbuk ketumbar sebelum dikacau rata.

2. Tambah air jika bahan menjadi pekat.

3. Kacau hingga menjadi pes kemudian ketepikan.

4. Panaskan minyak sapi, tumis pes rempah tadi hingga berbau harum dan terbit minyak.

5. Guna api kecil dan kacau selalu.

image is not available

6. Kemudian, masukkan daging kisar dan kacau rata hingga daging berubah warna.

7. Masukkan air dan kiub daging (jika guna).

8. Apabila kuah mendidih, masukkan kacang pool dan baked beans. Kacau rata.

9. Masak hingga pekat sedikit, tambah garam dan gula secukup rasa.

10. Cara menghidangkan sajian, isikan kuah kacang pool ke dalam mangkuk sesuai, kemudian letak sekeping telur mata kerbau, taburkan hirisan bawang, cili dan perah jus limau.

11. Enak dimakan bersama roti bakar.

image is not available

Memang best layan roti dan kacang pool lebih-lebih lagi dengan keluarga tersayang.

Pilihan roti bakar itu juga boleh diganti dengan lempeng atau capati. Ikut selera masing-masing.

Lagipun cara penyediaan kuah kacang pool tidak renyah, hanya menggunakan tiga bahan utama yang mudah didapati di kedai runcit atau pasar raya berhampiran.

image is not available

Jadi apa tunggu lagi? Tunjukkan skil kalian dan cuba resipi tersebut untuk sarapan pagi hujung minggu ini.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan

View Original Article