Ubah suai tangki bas persiaran seludup diesel

LocalPolitics
6 May 2025 • 3:15 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Bas persiaran yang disyaki terlibat dalam aktiviti penyeludupan minyak diesel selepas dikesan melakukan pengubahsuaian tangki ketika melalui pemeriksaan dalam satu operasi khas di Bangunan Sultan Iskandar (BSI). Foto Facebook JPJ Johor

image is not available
Tangki bas persiaran yang dikesan diubah suai hasil pemeriksaan dilakukan JPJ Johor menerusi operasi khas di Bangunan Sultan Iskandar (BSI). Foto Facebook JPJ Johor

image is not available
Tangki bas persiaran yang dikesan diubah suai hasil pemeriksaan dilakukan JPJ Johor menerusi operasi khas di Bangunan Sultan Iskandar (BSI). Foto Facebook JPJ Johor

JOHOR BAHRU - Sebuah bas persiaran disyaki terlibat dalam aktiviti penyeludupan diesel selepas dikesan melakukan pengubahsuaian tangki ketika melalui pemeriksaan dalam satu operasi khas di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) baru-baru ini.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Johor memaklumkan, pemeriksaan awal mendapati terdapat perubahan ketara pada struktur tangki bahan api bas berkenaan.

**media[3113749]**

"Hasil pemeriksaan awal terhadap bas tersebut telah mengesyaki menjalankan aktiviti penyeludupan diesel kerana mendapati perubahan pada struktur tangki dan diarahkan ke JPJ Negeri Johor untuk pemeriksaan lanjut.

**media[3113750]**

"Pemeriksaan lanjut terhadap bas tersebut mendapati tangki asal bas tersebut telah diubah suai dengan mengubah kapasiti asal tangki," katanya dalam muat naik di Facebook pada Selasa.

Tambahnya lagi, kenderaan terbabit kini disita bagi membantu siasatan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved