Ubai dedah Shila Amzah dah lama tanggung derita -“Bekerja di awal usia 10 tahun”

11 Oct 2023 • 9:54 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Suami kepada penyanyi Shila Amzah, Ubai MZ tampil bersuara berhubung ‘drama’ melibatkan isterinya bersama adik beradiknya yang lain yang kini sedang ‘panas’ menjadi bualan ramai.

Ubai dedah, Shila dah lama menderita

Ubai berkata, isterinya terpaksa mengikut telunjuk keluarga semenjak dari kecil, termasuklah perkahwinannya yang pertama.

image is not available

image is not available

Shila kakak tak bertanggungjawab?

Nama Shila menjadi ‘panas’ selepas hantaran dimuat naik adik perempuannya, Syada Amzah seakan-akan memberi gambaran bakal ‘dihalau’ keluar dari rumah yang didiami bersama keluarga.

image is not available

Tidak cukup dengan itu, adik lelaki Shila, Amir Syafiq mendakwa kakaknya itu cuba menjual rumah banglo yang didiami keluarga mereka pada ketika ini semata-mata untuk mendapatkan duit.

@mstarmalaysia

Adik lelaki Shila Amzah pula buat pendedahan, dakwa kakak jual rumah kerana duit #sembangentertainment #mstar #shilaamzah

♬ original sound – mStar Official – mStar Official

Shila Amzah dah penat!

Susulan itu, Shila atau nama sebenarnya Norshahila Amir Amzah mengakui dirinya sudah penat dan tidak menyangka keputusannya untuk menjual rumah yang didiami keluarga telah menimbulkan tohmahan tidak benar oleh adik-beradiknya sendiri.

Malah, Shila juga tidak sangka dirinya ‘dicop’ sebagai seorang kakak sulung yang tidak bertanggungjawab.

Jelas Shila, keputusan tersebut dibuat selepas ibunya, Fauziah Sarman bersetuju dengan hasratnya untuk menjual dan memilih kediaman yang bersesuaian dengan keluarganya.

“Saya jumpa ibu hujung minggu lepas. Saya cakap realtor akan datang. Ibu setuju untuk saya jual rumah.
“Ibu saya minta rumah teres dan fikirkan adik-adik iaitu Amir Syafiq dan Syada. Saya yang berhak untuk pilih rumah mana yang sepatutnya,”katanya.

@arifeddy

Semoga Shila Amzah diberi kekuatan menghadapi dugaan sekarang. Ubai ada for you Sha! #ShilaAmzah #SyadaAmzah #Ubai #JualRumah

♬ original sound – Arif Eddy – Arif Eddy

Adik sendiri lempang Shila

Sementara itu, Shila juga mendedahkan segala kebenaran yang diceritakan oleh adiknya itu hanyalah rekaan dan kisah dongeng, selain pernah dilempang adiknya sendiri.

image is not available

Bekas adik ipar bersuara

image is not available

Sumber: Instagram @shahilaamzah, X Ubai MZ, TikTok @arifeddy, mStar