Ubat Anti Obesiti Retatrutide Mengurangkan Berat Badan Dua Kali Ganda Berbanding Ozempic

Health & Fitness
29 Oct 2026 • 12:56 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Ubat melawan obesiti seperti Ozempic dan Mounjaro dilabel sebagai ubat ajaib kerana bukan sahaja mengurangkan berat badan tetapi juga boleh digunakan merawat ketagihan, mengurangkan risiko kanser dan penyakit kardiovaskular. Semalam Eli Lilly mengumumkan ubat melawan obesiti Retatrutide mereka adalah sehingga dua kali ganda lebih mujarab berbanding Ozempic dalam ujian klinikal.

Image from: Ubat Anti Obesiti Retatrutide Mengurangkan Berat Badan Dua Kali Ganda Berbanding Ozempic

Dalam ujian yang dilakukan, pengambil Retatrutide boleh mengurangkan berat badan sebanyak 20 hingga 21 kilogram secara purata berbanding 9.5 kilogram pada mereka yang mengambil Ozempic dalam tempoh 80 minggu. Kaveat dalam ujian ini ialah dos Retatrutide yang diambil adalah lebih tinggi berbanding Ozempic (9/12 mg vs 2mg)

Retatrutide mengaktifkan reseptor GLP-1, GIP dan hormon glukagon bagi mengawal berat badan dengan ia diambil dalam bentuk suntikan seminggu sekali. Pengguna melaporkan pengurangan selera makan, tahap gula dalam darah lebih terkawal dan peningkatan pembakaran kalori tubuh. Kombinasi tiga ini menjurus kepada pengurangan berat badan yang lebih tinggi.

Eli Lilly bercadang mendapatkan kebenaran menjual Retatrutide di Amerika Syarikat bermula tahun 2027.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved