Ubat batuk: WHO gesa buat pemeriksaan terperinci

WorldHealth & Fitness
24 Jan 2023 • 10:55 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

NEW YORK: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Isnin menggesa pihak berkuasa menjalankan pemeriksaan lebih terperinci susulan insiden kematian kanak-kanak yang dikaitkan dengan pengambilan sirap ubat batuk yang dilaporkan sekurang-kurangnya di tujuh buah negara.

Ubat tiruan atau ubat yang tidak memenuhi piawaian keselamatan mesti dikenal pasti dan ditarik balik daripada pasaran, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa) memetik WHO.

Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, sekurang-kurangnya 300 bayi di tiga negara telah meninggal dunia selepas mengambil ubat batuk yang boleh dibeli tanpa preskripsi.

Ubat dikatakan mengandungi bahan toksik seperti pelarut industri atau agen antibeku yang boleh membawa maut walaupun dalam kuantiti yang sedikit.

Bagaimanapun, WHO tidak mendedahkan negara yang terlibat.

Badan kesihatan dunia itu sudah pun mengeluarkan amaran mengenai insiden di Gambia, Indonesia dan Uzbekistan. - Bernama