Uber Dilaporkan Berhasrat Mengambil-Alih Expedia

TechnologyDigital
17 Oct 2024 • 11:02 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Uber, salah satu syarikat peneraju dalam arena seru-pandu kenderaan, dan turut mempunyai pegangan pada Grab, kini dilihat berhasrat untuk mengambil-alih Expedia, sekaligus mengukuhkan lagi kedudukan mereka dalam pelbagai perkara melibatkan pengangkutan.

Expedia merupakan laman agregator yang menghimpunkan pelbagai perkara melibatkan perbandingan harga hotel, penerbangan dan sebagainya. Ia dikatakan bernilai sekitar $20 bilion, dan mungkin menjadi pengambil-alihan terbesar Uber setakat ini.

Ia dikatakan pihak Uber telah mula mendapatkan maklumbalas terhadap idea pengambil-alihan Expedia ini, namun masih belum melakukan perbincangan terus bersama pihak Expedia buat masa ini. Untuk makluman, CEO semasa Uber, iaitu Dara Khosrowshahi sedia bertugas sebagai CEO Expedia antara tahun 2005 sehingga 2017 yang lepas.

Pihak Uber dan Expedia tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan perkara ini buat masa ini.