Uber Membeli Perniagaan Foodpanda Di Taiwan

TechnologyDigital
14 May 2024 • 2:08 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Perniagaan penghantaran makanan Foodpanda di Taiwan telah dibeli oleh Uber pada harga $950 juta (~RM 3.3 Bilion). Delivery Hero, syarikat induk Foodpanda dan Uber berharap pembelian dapat dimuktamadkan menjelang H1 2025 selepas menerima kebenaran daripada pihak berkuasa Taiwan.

image is not available

Uber Eats dan Foodpanda adalah dua pesaing dengan pegangan terbesar pasaran penghantaran makanan di Taiwan dengan Foodpanda memegang sekitar 53%. Sejak tahun lalu Delivery Hero telah cuba menjual perniagaan Foodpanda di Asia. Di Asia Tenggara, Foodpanda cuba dijual kepada Grab tetapi kedua-dua syarikat tidak bersetuju dengan harga yang perlu dibayar dan perbincangan tidak lagi diteruskan.

Kemudian pada Februari, Delivery Hero kini mengumumkan mereka telah menamatkan dan membatalkan pelbagai perbincangan melibatkan jualan perniagaan FoodPanda di beberapa pasaran, termasuk Malaysia, Singapura, Filipina, Thailand, Kemboja, Myanmar dan Laos.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved