Ubuntu merupakan salah satu sistem operasi sumber terbuka yang popular, dan mempunyai angka pengguna yang agak tinggi. Hari ini, Ubuntu menyambut ulang-tahun ke-20, dan selari dengannya mereka turut melancarkan versi Ubuntu terbaru, iaitu Ubuntu 24.10 dengan nama kod “Oracular Oriole”.

Ubuntu 24.10 hadir dengan kernel Linux 6.11, serta menyertakan antaramuka GNOME 47 yang terkini dan stabil. Versi Ubuntu 24.10 akan menerima sokongan selama 9 bulan. Sistem operasi ini juga menawarkan notifikasi sekuriti, sekaligus lebih kawalan keselamatan kepada pengguna apabila sesuatu perisian ingin mengakses ke folder dan sebagainya. Disamping itu, pelbagai perisian dikemaskini membolehkan pengguna menikmati pelbagai ciri terkini melalui sistem operasi sumber terbuka ini.
Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun dan mencuba Ubuntu 24.10 ini pada desktop masing-masing bermula hari ini.
