Ucapan Jururawat Buat Anaknya Sempena Sambutan Hari Ibu Di Sekolah Buat Ramai Bergenang Air Mata [Video]

Family & Parenting
12 May 2026 • 2:15 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Image from: Ucapan Jururawat Buat Anaknya Sempena Sambutan Hari Ibu Di Sekolah Buat Ramai Bergenang Air Mata [Video]

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Tak dinafikan menjadi seorang ibu bukanlah perkara yang mudah. Ini kerana sebagai ibu, pastinya kita sentiasa meletakkan harapan yang tinggi buat masa depan mereka dan mahu anak kecil ini mendapat didikan yang terbaik untuk menjadi orang yang hebat.

Namun ada segelintir mereka yang bergelar ibu terpaksa meninggalkan anak mereka untuk bekerja dan ia bukan sahaja untuk masa depan si kecil tetapi perlu membantu negara.

Ucapan wanita sempena Hari Ibu buat anak undang perhatian

Baru-baru ini ucapan seorang wanita sempena Hari Ibu di sekolah tadika anaknya telah menarik perhatian ramai.

Menerusi rakaman dikongsikan, wanita yang bekerja sebagai jururawat itu telah meninggalkan mesej ucapan berbentuk video kepada anaknya, Muhammad Yusuf atau mesra dipanggil Yusuf.

Video ucapan tersebut telah ditayangkan oleh guru pada televisyen untuk ditonton oleh si kecil itu termasuklah murid-murid yang lain.

Mohon maaf atas kekangan masa yang tak dapat diluangkan kerana bekerja

Di dalam video tersebut, ibu Yusuf meluahkan rasa sayang dan bangganya terhadap si kecil itu serta memohon maaf atas kekangan masa yang adakalanya tidak dapat diluangkan disebabkan bekerja.

“Hi Yusuf. Mummy dekat sini (dalam video), mesti Yusuf tengah tengok video mummy kan? Mummy nak bagitahu yang mummy sayang sangat dekat Yusuf, mummy bangga ada anak macam Yusuf.

“Anak yang selalu pandai berdikari, yang pandai bawa diri, penyejuk hati, kekuatan mummy. Tapi mummy nak minta maaf juga dekat Yusuf, sebab mummy selalu tinggalkan Yusuf. Mummy kerja tak tentu masakan, Yusuf selalu cakap ‘mummy ni asyik kerja, kerja, kerja, bila mummy nak cuti?’

“Mummy ingat lagi ada satu ketika tu Yusuf demam, tapi mummy terpaksa tinggalkan Yusuf. Mummy pergi kerja jaga orang lain. Terima kasih sebab jadi kuat daripada kecil, kadang-kadang tidur malam tanpa mummy,” kata ibunya.

Jelas wajah anak kecil cuba tahan sebak dengar ucapan ibu

Sepanjang mendengar ucapan dari ibu tersayang itu, kelihatan wajah Yusuf begitu sayu mendengar kata-kata itu.

Bahkan turut kelihatan wajah kecil itu cuba menahan sebak sepanjang mendengar ucapan daripada mummynya.

Siapa sangka meskipun masih kecil, namun dia seolah-olah memahami setiap tanggungjawab yang perlu dilakukan oleh ibunya.

@yusuf.zrd

Program dianjurkan pihak sekolah sempena Hari Ibu..Tq tcer.. #Yusuf #4yearsold #fyppppppppppppppppppppppp #birali

♬ IBU CINTA KASIHKU – Mazroatul Akhiro

Ramai sebak dengar ucapan ibu buat Yusuf

Melihat di ruangan komen, ramai yang sebak apabila mendengar ucapan daripada ibu buat Yusuf.

Malah ada juga pengguna TikTok merasakan perkara sama kerana turut bekerja sebagai seorang jururawat dan terpaksa meninggalkan anak demi tanggungjawab untuk menjaga pesakit.

Di ruangan komen sama, ramai yang turut mendoakan Yusuf membesar menjadi anak yang baik serta kuat.

Tidak kurang ada yang mengucapkan terima kasih kepada mereka yang bergelar jururawat atas pengorbanan yang dilakukan demi tugas pada negara.

“Kenapa ‘menyusufkan’ kami semua”

Image from: Ucapan Jururawat Buat Anaknya Sempena Sambutan Hari Ibu Di Sekolah Buat Ramai Bergenang Air Mata [Video]
“Yusuf anak hebat. Dia faham apa yang mummy dia cuba sampaikan tu. Semoga membesar sihat, kuat, jadi anak soleh dan berjaya dunia akhirat ya Yusuf. “
Image from: Ucapan Jururawat Buat Anaknya Sempena Sambutan Hari Ibu Di Sekolah Buat Ramai Bergenang Air Mata [Video]

“Di saat orang lain memerlukan jururawat di hospital pada masa sama di rumah ada anak yang selalu menanti ibunya pulang. Awak anak yang kuat Yusuf. Pengorbanan seorang ibu dan anak, hargailah mereka yang susah payah membantu merawat kamu. Dua-dua hebat dan kuat..”

Image from: Ucapan Jururawat Buat Anaknya Sempena Sambutan Hari Ibu Di Sekolah Buat Ramai Bergenang Air Mata [Video]

“Kita ingat dia kecil lagi tak faham tapi rupanya dia faham tapi dia pendam. Sedihnya”

Image from: Ucapan Jururawat Buat Anaknya Sempena Sambutan Hari Ibu Di Sekolah Buat Ramai Bergenang Air Mata [Video]

“Terima kasih semua jururawat yang berkorban demi tugas pada negara. Semoga Allah beri limpahan rahmat buat semua perwira negara”

Image from: Ucapan Jururawat Buat Anaknya Sempena Sambutan Hari Ibu Di Sekolah Buat Ramai Bergenang Air Mata [Video]
View Original Article