Ucapan Panglima Tentera Udara ketika ketuai terbang lintas buat ramai meremang!

LocalPolitics
31 Aug 2025 • 4:04 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Ucapan Panglima Tentera Udara Malaysia, Datuk Seri Muhamad Norazlan Aris sewaktu mengetuai terbang lintas sempena Sambutan Hari Kebangsaan di Putrajaya telah membuatkan ramai meremang!

Panglima Tentera Udara kemudi Sukhoi SU-30MKM

Mana tidaknya, beliau sendiri telah mengemudi pesawat pejuang Sukhoi SU-30MKM dan melakukan terbang lintas sambil disaksikan ratusan ribu pengunjung yang teruja melihat dan mendengar deruan pesawat serta aset negara yang diterbangkan sewaktu sambutan berkenaan.

Salah satu yang menarik perhatian sudah tentu ucapan beliau sewaktu di udara yang sedang menjalankan ‘misi istimewa’ khususnya buat seluruh rakyat Malaysia.

“Asalamualaikum dan salam sejahtera. Saya, Jeneral Datuk Seri Haji Muhamad Norazlan Aris, TUDM, Panglima Tentera Udara yang ke-21.

Kami dari Angkatan Tentera Malaysia, bersama Polis Diraja Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dalam misi istimewa. Misi mengibarkan semangat kemerdekaan.

“Derap langkah di bumi akan bergema bersama deruan enjin dari udara.

“Pengorbanan tidak bertepi, nyawa sebagai taruhan.

“Selamat menyambut hari kemerdekaan 2025, malaysia madani, rakyat disantuni

“Duty. Honour. Sacrifice.” ujarnya.

image is not available

Meremang dengar ucapan Panglima Tentera Udara

Video beliau sedang menjalankan misi berkenaan telah dikongsi akaun media sosial TUDM dan mendapat pelbagai reaksi positif daripada warganet.

Kebanyakannya memuji kepimpinan beliau yang menunjukkan kebolehan dalam mengendalikan pesawat pejuang serta mengetuai lintas terbang sewaktu sambutan yang cukup bermakna buat seluruh rakyat Malaysia.

image is not available

Bangga dan kagum lihat pertunjukan Dato’

image is not available

Hebat panglima TUDM

image is not available

Syukur semua berjalan dengan lancar

image is not available

Sambutan Hari Kebangsaan di Putrajaya pada 31 Ogos 2025 berjalan dengan lancar pagi tadi.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil memaklumkan lebih kurang 100,000 pengunjung hadir bagi meraikan dan bersama-sama menyambut hari kemerdekaan Malaysia yang ke-68.