
Ucapan Ringkas Anak Selepas Pengebumian Bapa Sentuh Hati Ramai
Kehilangan orang tersayang bukan satu perkara mudah untuk kita lupa, lebih-lebih lagi apabila orang yang paling dekat pergi meninggalkan kita.
Rasa 'sakit' apabila ditinggalkan ibu bapa tercinta sangat pahit untuk ditelan.
Perasaan rindu untuk bersama masih bermain di fikiran. Bahkan, mampu menjadi satu igauan mimpi kepada insan yang bergelar anak.
Pengalaman sebak ini dikongsikan oleh pemilik Facebook Ibu Zarah, yang berkongsi perkhabaran duka seorang pegawai perubatan yang dikenali sebagai Dr Aiman.
Apatah lagi beliau sering dikenali sebagai seorang doktor yang baik budi pekerti serta sentiasa memberikan nasihat yang bermanfaat kepada pesakitnya.
Ucapan Ringkas Anak Sulung Dr Aiman Sentuh Hati Ramai
Bagi mereka yang baru sahaja kehilangan orang tersayang, berdiri, bahkan kata-kata yang tidak mampu disuarakan.
Lebih meruntun jiwa, apabila melihat anak sulung Allahyarham yang baru berusia 14 tahun dilihat mampu mengimamkan solat jenazah dan memberikan ucapan ringkas yang sarat dengan emosi kepada khalayak yang hadir selepas jenazah bapanya dikebumikan.
Ketabahan yang ditunjukkan oleh seorang anak yang baru kehilangan seorang ayah benar-benar menyentuh hati.
"Pada hari ini, dia telah pergi meninggalkan dunia ini dan segala isinya. Segala urusan dan keterikatan dunia turut ditinggalkan, kecuali amalan yang dibawa bersama. Dan mungkin esok hari, atau pada bila-bila masa yang ditentukan, kita juga akan turut dijemput oleh-Nya.”
“Pada hari ini, dia telah pergi meninggalkan dunia ini serta segala isinya. Segala urusan dan keterikatan terhadap dunia turut ditinggalkan, kecuali amalan yang menjadi bekalan di sisi-Nya. Dan mungkin esok hari, atau pada bila-bila masa yang telah ditentukan, kita juga akan turut dijemput oleh-Nya.”
“Selagi masa itu belum tiba, marilah kita memperkukuh amalan dengan keikhlasan dan penuh rasa kasih sayang.”
“Sesungguhnya ayah saya pernah berpesan bahawa kematian bukanlah pengakhiran sebenar, sebaliknya hanyalah perpindahan ke alam yang lain.”
“Justeru itu, saya berharap kita semua dapat mengambil iktibar daripada peristiwa ini untuk memperbaiki diri, agar kita, keluarga kita serta seluruh umat Nabi Muhammad SAW dijemput dalam keadaan yang baik dan dikurniakan syurga Al-Firdaus. Amin Ya Rabbal Alamin,” ucap anak sulung Allahyarham.
Reaksi Netizen
Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan netizen menyatakan rasa kagum terhadap anak sulung Allahyarham yang dianggap sebagai seorang anak yang soleh.
Pada masa yang sama, ramai turut memuji cara didikan arwah yang jelas berjaya membentuk sahsiah dan akhlak anaknya dengan baik.
"Hebat didikan arwah, anak beliau seorang yang hebat," komen seorang warga maya.
"MasyaAllah anak yang soleh," komen seorang warga maya.
"Allahuakbar matang anaknya, hebat didikan ayah, semoga Syurga buat arwah Dr Aiman," doa netizen.
