UCL: Como cipta sejarah baharu

Football
6 Nov 2026 • 8:00 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: UCL: Como cipta sejarah baharu

LENS – Pendatang baharu saingan Liga Juara-Juara, Como terus mencipta sensasi apabila melakar sejarah baharu saing berprestij Eropah apabila melakar kemenangan besar 9-1 membenam RC Lens awal pagi semalam.

Kemenangan besar yang dicatatkan oleh skuad kendalian Cesc Fabregas itu menyaksikan mereka setanding dengan kelab-kelab besar Eropah lain apabila rekod sebelum ini dicatatkan oleh Liverpool yang membenam Besiktas 8-0 pada 2007, manakala Real Madrid membelasah Malmo dengan jaringan sama pada 2015.

Lebih menarik, Como mencatat kemenangan itu  ketika beraksi di gelanggang lawan, berbeza dengan Liverpool dan Real yang merekodkan kemenangan di hadapan penyokong sendiri.

“Ia juga merupakan perlawanan Liga Juara-Juara kami yang keempat sepanjang sejarah, jadi angka empat merupakan nombor penting di sini.

“Saya gembira. Inilah bola sepak dan segala-galanya memihak kepada kami. Para pemain telah melakukan tugas dengan baik. Sekarang kami perlu membuat persiapan untuk satu perlawanan yang sangat penting pada Ahad ini, iaitu perlawanan kesembilan dalam satu rangkaian perlawanan sebelum rehat antarabangsa,” katanya.

Kemenangan itu menyaksikan Como berjaya mengumpul sembilan mata daripada empat perlawanan apabila mencatat tiga kemenangan dan hanya mengalami satu kekalahan sekali gus membolehkan mereka berada di kedudukan keempat.

Kemenangan itu turut menjadi kemenangan keenam berturut-turut Como dalam semua pertandingan dan bakal berdepan juara bertahan Serie A, Inter Milan pada hujung minggu ini.

Perlawanan tersebut turut mencatat sejarah tersendiri apabila tiada pasukan Itali sebelum ini pernah menjaringkan lebih tujuh gol di gelanggang lawan dalam sejarah aksi di pentas Eropah, namun Como berjaya melakukannya.

“Ia merupakan malam yang cukup indah buat Como, semua penyokong kami dan ramai pemain muda yang sedang memulakan karier mereka. Namun, mereka perlu terus berpijak di bumi nyata, merendah diri dan sentiasa belajar.

“Mereka perlu terus bekerja keras untuk mengekalkan prestasi seperti ini dan tidak boleh menganggap segala-galanya akan berjalan lancar selepas ini,” katanya. – AGENSI

The post UCL: Como cipta sejarah baharu appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved