UCL: Liverpool bangkit catat kemenangan

Football
22 Oct 2026 • 10:30 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: UCL: Liverpool bangkit catat kemenangan

LIVERPOOL – Pengurus Liverpool, Andoni Iraola nyata tidak berpuas hati dengan prestasi semasa pasukan walaupun mereka berjaya merakamkan kemenangan 4-3 dengan menewaskan Villarreal pada aksi Liga Juara-Juara awal pagi semalam.

Walaupun mengekalkan permulaan positif pada saingan Eropah, Iraola menjelaskan tiada ruang untuk para pemainnya mudah berasa selesa dengan pencapaian ketika ini sebaliknya harus kekal menjadi lebih baik.

“Dalam 30 ke 35 minit pertama, Villarreal jauh lebih baik berbanding kami, namun di babak kedua, giliran kami tampil lebih bagus. Saya fikir, apabila kami berada dalam tekanan, kami akan beri segala-galanya dan pemain mampu memberikan jawapan dengan tepat.

“Apabila kami mula santai atau pun berasa 4-2 sudah selesa, kami pasti akan dihukum. Jadi bagi saya, dalam apa-apa keadaan, kami tidak boleh ‘berehat’,” katanya.

Tonggak tengah, Alexis Mac Allister tampil menyinar apabila meledak dua gol buat The Reds diikuti masing-masing satu jaringan daripada Ronald Araujo dan Florian Wirtz sekali gus menafikan hasrat Villarreal untuk sekurang-kurangnya meraih satu mata setelah memperoleh jaringan menerusi Georges Mikautadze, Sergi Cardona serta Tani Oluwaseyi.

Bintang muda, Rio Ngumoha muncul pemain terbaik perlawanan turut membuktikan kualitinya dan Mac Allister mengakui sumbangan besar yang dimainkan oleh pemain itu sepanjang perlawanan.

“Dia berjaya tampil dengan aksi hebat dan mampu menghadirkan perbezaan sepanjang perlawanan,” katanya. – AGENSI

The post UCL: Liverpool bangkit catat kemenangan appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved